Tentang Kami






Baca itu, satu kuasa luar biasa. 

Baca itu, mampu merubah bangsa lembik, jadi perkasa.

Baca itu, membuka apa yang rapat tertutup, jadi celik.

Dan kerana itu, kami berbangga dapat membantu masyarakat  untuk MEMBACA.

Moga dengan itu, kita tidak terus pejam dalam celik.

Tidak lagi buta ditindas duniawi durjana.

- Muhd Iqbal Samsudin



Sebagai mana risalah kenabian yang mulia kepada Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam dimulakan dengan kalimah agung suruhan Tuhan, "Iqra'", maka dengan itu saya juga ingin mulakan dengan kata mulia ini...

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."




Ahlan ahlan.

Selamat Datang ke El-Kitab Shop.

"HUB BUKU SEMESTA"

Satu ketika, ada orang mengatakan kepada saya, "Mengapa jual buku? Untung dah la tak banyak mana."

Mudah jawapannya.

"Kerana ilmu itu adalah sesuatu yang terlalu besar nilainya. Tambah lagi ilmu-ilmu agama, yang membawa manusia mengenal Allah, yang membawa manusia dekat dengan Allah. 

Tiada apa yang menggembirakan lebih dari hal ini, memudahkan insan lain mendalami ilmu dan memudahkan insan lain mengenal Penciptanya.

Bukanlah untung manusia yang didambakan sangat, tetapi keuntungan kita di akhirat nanti yang lebih besar untungnya."

Moga Kedai Buku Online ini dapat memenuhi citarasa anda dan membantu anda untuk mengembangkan lagi  ilmu pengetahuan.

Kami menjual buku-buku daripada penerbit-penerbit seperti berikut :



  • PTS
  • Galeri Ilmu
  • Kemilau Publika
  • Pustaka Azhar
  • al-Hidayah
  • Jasmin
  • Klang Book Center
  • Hijjaz Record
  • Inteam
  • Telaga Biru
  • Karangkraf
  • Karya Bestari
  • Must Read
  • Pustaka Jiwa
  • Pustaka Syeikh Nuruddin
  • Ustaz Sharhan Safie
  • Seribu Dinar
  • Pustaka Cahaya Kasturi
  • Sebarkan Bahagia Resources
  • Penerbit Syabab
  • Dubook Press
  • Lejen Press

Dan lain-lain...

Selamat membeli dan menambah ilmu pengetahuan.

Jazakumullahukhairan!^^


Lihat PENGHANTARAN kami kepada pelanggan dan TESTIMONI - KLIK SINI atau SINI


*   *   *

Membuku Angan

oleh Muhd Iqbal Samsudin


Saya seorang yang punya angan yang tinggi, jika boleh setinggi langit tertinggi, setinggi itulah angan saya akan menggapai. Semuanya kerana angan-angan itu percuma dan menandakan kita berfikir dan terus berfikir. Dan, apabila angan-angan itu hanya kekal sekadar angan, ianya akan bakal merugikan hidup kita.

Angan-angan, perlu ada tindakan. Kita bebas berangan-angan, tapi jangan hanya angan-angan kosong, biar angan-angan kita itu, kita angankan sekali dengan tindakan kita.

Selepas SPM.

Mujur juga saya tidak terpilih untuk pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara pada ketika itu. Jadi, saya bercadang untuk bekerja untuk sementara waktu.

Pada saat ramai kawan-kawan sudah mula bekerja, saya juga ingin bekerja, mahu cari pengalaman. Lalu, ayah cadangankan saya satu pekerjaan. Bagi saya, saya tidak kisah apa sahaja kerja yang ayah cadangkan, kerana pada saat itu, duit bukanlah sesuatu yang penting bagi saya, tetapi pengalaman bekerja itu yang saya damba. Saya mengikut sahaja kata ayah.

Rupa-rupa, ayah ingin mengajar saya sesuatu melalui cadangannya. Saya diminta membantu sambil bekerja kepada seorang jiran saya yang menjadi peniaga di market dan pasar-pasar sekitar daerah Baling dan Sik, Kedah. Saya akur, saya perlu lalui semua itu, untuk mematangkan minda saya dan memberi pengalaman serta gambaran dalam dunia perniagaan.

Terlalu banyak yang saya belajar dari beberapa bulan pengalaman saya bekerja. Pekerjaan saya pada ketika itu bermula sebaik sahaja usai solat subuh. Sebelum matahari keluar menyinar, saya sudah bertolak dengan jiran saya yang saya panggil beliau dengan panggilan Pak CIk Zul.

Bersambung....

http://ibnuddin.com







Catat Ulasan


    Random posts widget
 
Support : ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal | ibnuDDin's Book Shop | iCom™ Store
Copyright © 2014. El-Kitab Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Modified by ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal Published by El-Kitab Shop
Proudly powered by Lillahi Ta'ala