Ahmad Ammar : Sebuah Kematian Yang Hidup - Mohammad Kayum b A. Badaruddin



Tajuk: Ahmad Ammar : Sebuah Kematian Yang Hidup

Pengarang: Mohammad Kayum b A. Badaruddin

Jumlah Muka Surat : 168

Penerbit : Casamas Resources Sdn Bhd

Harga : RM25.00 


*  *  *


"Satu Kematian Yang Hidup"

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Mari kita hayati bersama akan kisah perjuangan seorang anak muda bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam yang ingin matinya dalam keadaan syahid. Dapatkan novel ini sebagai iktibar dan panduan buat kita semua. Sungguh, umat kini sangat memerlukan lebih ramai lagi al-Fateh bagi membebaskan umat ini daripada cengkaman penjajahan Barat. Semoga kisah Ammar memberikan kesedaran kepada pemuda-pemuda di bumi Malaysia agar umur yang muda dimanfaatkan sebaik mungkin untuk Islam.






SINOPSIS

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam ruitn hariannya.

Namun beliau yang merpakan pelajar cemerlang  mempunyai tahap intelek dan emosi  pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan  saorang syahid yang tertangguh. Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam plrbagai misi  termasuk di Syria.

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyanyangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah saorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. Kematian yang hidup bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.


ISI KANDUNGAN  :


  • Maqasid Syariat
  • Kelahiran Yang Memberi Sinar
  • Susur Galur “Syabab” Syuhada
  • Ekspresi Cinta
  • Mencerna Visi Yang Jelas
  • Ada Apa Pada Akhlak
  • Sejarah Adalah Kunci Ummah
  • Marmara – Simbol Keberanian
  • Jiwa Al-Fatel Dalam Diri Ammar
  • Kerinduan Pada Syahid
  • Yang Terakhir
  • Kemalangan Yang Menakjubkan
  • Berita Kematian
  • Rembesan Kata Ibu
  • Ayah Terima Pemergian Ammar Sebagai Satu Percaturan
  • Dunia Tangisi Pemergiannya
  • Sudut Pandang Sahabat Karib
  • Surah Terakhir Untuk Ammar
  • Pengebumian di Makam Syuhada
  • Siapa Abu Ayub Alansari
  • Panggilan Mengejut Menteri Dalam Negeri
  • Satu Kematian Yang Hidup
  • Kehilangan Sebutir Permata Belia Islam
  • Magnet Hidup
  • Pemuda dan 7 Golongan
  • Bukan Produk Satu Malam
  • Jiwa Al-Fateh Dalam Ammar
  • Wahai Pemuda..Di Mana Anda?
  • Impak Pemikiran Ahmad Ammar
  • Jutaan Ammar Bakal Lahir
  • Sekalung Doa Buat Ahmad Ammar


Related product you might see:

Share this product :

Catat Ulasan


    Random posts widget
 
Support : ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal | ibnuDDin's Book Shop | iCom™ Store
Copyright © 2014. El-Kitab Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Modified by ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal Published by El-Kitab Shop
Proudly powered by Lillahi Ta'ala