Halalan Thayyiban - Khairudin Shaary




Tajuk : Halalan Thayyiban, Amalan Rukhsah Dalam Pemakanan
Penulis : Khairuddin Shaary
ISBN: 978-967-388-130-7 
Saiz: 14 cm X 21 cm
Bil. Muka Surat : 136 m/s
Publisher : Telaga Biru
Harga: RM 15.00 


*  *  *

Sesungguhnya sudah menjadi lumrah fitrah kehidupan bahawa manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Seiring dengan kemodenan tamadun manusia, corak pemakanan manusia juga sudah disuntik unsur kemodenan.

Hal ini sekali gus menyebabkan kita tidak dapat lari daripada kesukaran membezakan unsur-unsur syubhah dalam konsep pemakanan moden pada hari ini. Mencari yang halal itu adalah fardu, maka amat penting bagi setiap Muslim untuk mengetahui lebih mendalam tentang konsep rukhsah dalam kehidupan sehariannya bagi mengelakkan unsur-unsur syubhah lebih-lebih lagi dalam tabiat pemakanan moden.

Justeru, buku ini akan membincangkan tentang konsep rukhsah dalam ilmu usul fiqh dengan memfokus kepada soal pemakanan dan pengubatan serta beberapa isu sampingan. Di samping itu, buku ini juga akan meneliti isu-isu semasa yang berkaitan fiqh pemakanan serta melihat huraian pertimbangan hukum syarak tentangnya.


Related product you might see:

Share this product :

Catat Ulasan


    Random posts widget
 
Support : ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal | ibnuDDin's Book Shop | iCom™ Store
Copyright © 2014. El-Kitab Shop | Beli Buku Online - All Rights Reserved
Template Modified by ibnuDDin™ | Muhammad Iqbal Published by El-Kitab Shop
Proudly powered by Lillahi Ta'ala